Bangunan bersejarah Tanjung Karang

Kesan tinggalan kilang gula di Sungai Kajang

Terdapat sebuah bangunan lama yang bersejarah yang dibiarkan tanpa penjagaan oleh mana-mana pihak yang terletak di Kg Sungai Kajang. Adalah dipercayai bahawa bangunan itu pada satu-satu masa adalah loji pemprosesan gula nipah dan dibina di zaman penjajah. Pada perang dunia kedua, ada pendapat yang mengatakan kilang ini telah ditawan dan digunakan sebagai pangkalan tentera Jepun. Terdapat beberapa kesan kerosakan akibat pertempuran yang masih boleh dilihat sehingga kini. Hari ini, hanya sebahagian kecil daripada struktur masih dikekalkan manakala hampir seluruh loji telahpun musnah, sama ada disebabkan oleh pertanian atau pembangunan.